Yayasan Perak mengalu-alukan pembayaran balik pinjaman pelajaran daripada tuan/puan. Pembayaran boleh dibuat melalui :
1) Bank draf/Kiriman Wang Pos/Cek Peribadi di atas nama "Yayasan Perak" dengan
menulis nama dan nombor rujukan fail di belakangnya.
atau
2) Secara terus dengan Bank Muamalat Akaun No. 08040002547718
Salinan asal slip bank hendaklah ditulis nama serta nombor fail di belakangnya
dan dihantar ke Yayasan Perak bagi proses pengeluaran resit.
Adalah diharapkan tuan/puan dapat menjelaskan tunggakkan bagi mengelakkan
daripada tindakan undang-undang.
Sekiranya pembayaran telah dibuat, sila abaikan penyata ini.
Sebarang kesulitan sila hubungi Unit Pinjaman Pelajaran untuk maklumat selanjutnya.
** Bagi Peminjam Yayasan Perak, sila maklumkan kepada Unit Pinjaman Pelajaran jika terdapat sebarang pertukaran alamat.
Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima Kasih.