:: Maklumat Korporat ::

 

 

Tabung Kumpulan Wang Kebajikan & Pelajaran Yayasan Perak (TKWKPYP) merupakan satu unit di Yayasan Perak yang berperanan melaksanakan aktiviti-aktiviti utama Yayasan. TKWKPYP mengendalikan urusan bantuan / sumbangan yang meliputi bidang pelajaran dan latihan, sukan dan rekreasi, kebudayaan dan kesenian serta kemajuan masyarakat.

Tumpuan utama TKWKPYP ialah melaksanakan program-program berasaskan pelajaran dan pendidikan di peringkat sekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi.

Akaun TKWKPYP mendapat pelepasan cukai pendapatan dari Kerajaan Persekutuan. Individu, ahli korporat dan orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada TKWKPYP boleh menghulurkan sumbangan bagi menambahkan sumber kewangan TKWKPYP supaya dapat disalurkan untuk pinjaman pelajaran dan aktiviti pendidikan yang lain.

Hakcipta Terpelihara © 2008 Yayasan Perak
 Maklumat Korporat
 Perutusan
 Sejarah Yayasan Perak
 Organisasi Yayasan Perak
 Projek & Pelaburan
 Aktiviti Utama
 Borang Yayasan Perak
 Maklum Balas
 Galeri
 Media
 Hubungi Kami
 Soalan-Soalan Lazim