:: Soalan-Soalan Lazim ::
1. Apakah fungsi Yayasan Perak?

Yayasan Perak menyediakan bantuan pendidikan untuk anak-anak negeri Perak yang menuntut di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

2. Berapakah jumlah wang bantuan yang disediakan bagi kursus diperingkat Sijil,     Diploma dan Ijazah?

Bagi kursus Sijil akan diberi sumbangan sebanyak RM200 dan bagi kursus Diploma dan Ijazah pula akan diberi sebanyak RM300.

3. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon bantuan pelajar miskin     IPTA?

Pemohon mestilah memenuhi tiga (3) syarat iaitu :

4. Bolehkah saya memohon untuk menukar status pinjaman kepada biasiswa     memandangkan saya memperolehi HPNM melebihi 3.50?

Peminjam boleh menukarkan status pinjaman kepada biasiswa sekiranya peminjam mendapat HPNM antara 3.75 hingga 4.00. Jika peminjam hanya memperoleh HPNM diantara 3.50 hingga 3.74, peminjam hanya boleh meminta untuk membayar separuh daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

5. Bolehkah saya memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman kerana     pada masa ini saya masih lagi tidak mempunyai pekerjaan?

Tidak boleh, tempoh bayaran balik pinjaman adalah enam (6) bulan selepas tamat pengajian seperti yang terdapat di dalam perjanjian. Walaubagaimanapun, boleh diberi budi bicara untuk mengurangkan ansuran bulanan.

6. Bolehkah saya berurusan dengan Yayasan Perak melalui online?

Setakat ini, Yayasan Perak masih tidak mempunyai sistem berurusan melalui “online”.

7. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Yayasan Perak?

Yayasan Perak boleh dihubungi dengan cara menelefon atau datang ke Wisma Yayasan Perak.

8. Bilakah hari bertemu pelanggan diadakan?

Hari bertemu pelanggan diadakan pada setiap hari Selasa minggu pertama setiap bulan.

9. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Perak dalam membangunkan sektor     pendidikan negeri Perak?

Yayasan Perak telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam memastikan pembangunan pendidikan di negeri Perak. Antaranya termasuklah Program Tuisyen Gemilang Yayasan Perak, Skim Galakan Tahfiz Al-Quran, Biasiswa Atlit dan juga Bantuan Pelajar Miskin IPTA.

10. Bolehkah saya berurusan secara terus dengan Yayasan Perak untuk memohon       biasiswa atlit tanpa melalui sekolah atau pegawai pendidikan daerah?

Boleh, tetapi pemohon mestilah mendapat pengesahan dan semakan daripada sekolah dan pegawai pendidikan daerah.

Hakcipta Terpelihara © 2008 Yayasan Perak
 Maklumat Korporat
 Perutusan
 Sejarah Yayasan Perak
 Organisasi Yayasan Perak
 Projek & Pelaburan
 Aktiviti Utama
 Borang Yayasan Perak
 Maklum Balas
 Galeri
 Media
 Hubungi Kami
 Soalan-Soalan Lazim