Dasar Gubahan logo ini adalah gabungan huruf jawi 'ya' dan 'pa' yang bermaksud Yayasan Perak.
-
Gubahan 'ya' dan 'pa' itu diserasikan oleh tenaga yang menarik untuk simbol bunga yang sedang mekar.
-
Kemekaran bunga itu membawa maksud segala idea-idea perkembangan dan kemajuan seperti pendidikan dan kebudayaan yang mengarah kepada tujuan murni sebagaimana murninya lambang itu.
-
Sifat dan kedudukan logo yang simetri itu dapat melambangkan keteguhan, perseimbangan dan keadilan.
-
Warna putih, kuning dan hitam adalah warna rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
-
Gabungan tiga kelopak bunga merupakan petanda tiga etnik besar ini yang bertindak kepada satu kesatuan yang harmonis.
-
Keseluruhan lambang ini dibina dengan rasa keorganikan dan sangat berbau tempatan dan dapat mencerminkan identiti bentuk Malaysia.