:: Perutusan ::

En. Abdul Jamil Bin Mat Kasa P.M.P.,A.M.P.,P.P.T.

Yayasan Perak yang ditubuhkan sejak tahun 1979 telah memainkan peranan yang besar dalam membantu pembangunan sektor pendidikan di Negeri Perak khasnya.

Pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan pelajar telah menikmati bantuan yang diberikan dalam bentuk pinjaman pelajaran, persediaan ke IPTA, pakej buku, pakaian beruniform dan pancaragam sekolah, pusat sumber, kem motivasi, seminar dan sebagainya.

Di samping itu, Yayasan sentiasa prihatin kepada pembangunan sektor-sektor lain seperti sukan dan rekreasi, seni budaya dan kemajuan masyarakat. Sumbangan-sumbangan yayasan kepada sektor di atas amat banyak sekali di antaranya Padang Hoki Astroturf, Muzium Diraja, Akademi Sukan Perak, Kumpulan Selendang Perak, Kompleks Sejarah, Resort Percutian Pasir Salak, Bakip dan sebagainya.

Dengan beberapa pendekatan baru yang dirancang, Yayasan Perak berazam untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran, berketrampilan, dinamik dan matang. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin menjadi negeri yang berasaskan pengetahuan atau “K-State” menjelang tahun 2015, Yayasan Perak amat komited dalam memperkasakan program-program pendidikannya.

Yayasan Perak yakin dapat membantu Jabatan Pelajaran Perak mempersiapkan pelajar-pelajar di negeri ini supaya menjadi modal insan yang berkualiti dan aset berharga dalam membangunkan ekonomi negeri Perak pada masa akan datang seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Yayasan Perak melahirkan modal insan secara kolektif yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, sumbangannya sejak lebih 20 tahun lalu telah melahirkan ramai cerdik pandai dan profesional yang berjaya.

InsyaAllah, Yayasan Perak akan memperluaskan aktiviti pendidikannya selaras dengan arus pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Semoga laman web ini dapat membantu anda

Pengurus Besar Yayasan Perak

 Maklumat Korporat
 Perutusan
 Sejarah Yayasan Perak
 Organisasi Yayasan Perak
 Projek & Pelaburan
 Aktiviti Utama
 Borang Yayasan Perak
 Maklum Balas
 Galeri
 Media
 Hubungi Kami
 Soalan-Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © 2008 Yayasan Perak
jamil@yayasanperak.com.my