Program ini telah dimulakan pada tahun 2007 melibatkan peruntukan tahunan berjumlah RM 50,000. Ia bertujuan memberi peluang dan kemudahan pendidikan kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan lain-lain.
Terdapat 35 sekolah yang mempunyai Kelas Rancangan Khas di seluruh negeri Perak. Di antara pengisian program yang telah dan akan dilaksanakan ialah:
- Kem Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
- Kem Mata Pelajaran Matematik
- Kem Mata Pelajaran Sains
- Kem Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Mind Mapping
- Mastery Learning
- Speed Reading
- Study and Thinking Technique
- Memory Skill