Program sekolah angkat yang diwujudkan pada tahun 2006 ini bertujuan meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekolah luar bandar secara menyeluruh dengan peruntukan tahunan berjumlah RM250,000 . Selain meningkatkan prestasi pelajar, ia juga mampu melahirkan sekolah yang tersohor di negara ini.
Sebanyak 10 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah yang dikenalpasti berprestasi rendah telah dipilih untuk mengikuti program ini. Aktiviti program difokuskan kepada kemahiran belajar, pengurusan diri dan kaunseling yang bertujuan menghasilkan pelajar bijak dan matang.
Beberapa prgram telah dan akan dilaksanakan seperti berikut:
- E-Book (Science & Math)
- Mind Mapping
- Mastery Learning
- Speed Reading
- Study and Thinking Technique
- Memory Skill