Yayasan turut mengadakan aktiviti-aktiviti pendidikan lain seperti seminar, bengkel dan latihan kepada pelajar-pelajar di peringkat persekolahan seperti Seminar Kecemerlangan Akademik SPM. Di antara penceramahnya ialah Nur Amalina bt. Che Bakri (Pelajar Gemilang SPM 2004-17A1), Nadia Amirah bt. Abd. Jamil (Pelajar Gemilang SPM 2006-14A)dan Profesor Dr. Ahmad Faiz Abdul Hamid, Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM),
Bengkel Kecemerlangan UPSR telah diadakan dengan kerjasama Berita Harian Sdn. Bhd dan penceramah terkenal Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji. Mohamad Fadhilah Kamsah.
Yayasan juga turut menyediakan latihan kepimpinan dan sahsiah diri kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dalam Program Jamboree Remaja TV3.